Doa.

Wahai TuhanKu, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar - Sesungguhnya Engjau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau  yang mengetahui segala perkara yang ghaib. 
Wahai TuhanKu, sekiranya Engkau katahui bahawa perkara ini... adalah perkara terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untukku serta permudahkannya untukku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini ...adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka jauhilah aku dari padanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.
Amin.


Popular posts from this blog